Suruhanjaya Kredit Pengguna Umum Barisan Kepimpinan Pertama

Ciri-Ciri Utama Skim BNPL

  • Model Perniagaan

    Penyedia BNPL membayar peniaga untuk barang atau perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna, biasanya pada kadar diskaun yang dipersetujui. Pengguna kemudiannya membayar semula harga penuh pembelian kepada penyedia BNPL berdasarkan terma yang telah dipersetujui. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa model perniagaan lain yang diamalkan dalam pasaran. Sesetengah penyedia BNPL membayar peniaga sepenuhnya dan mendapatkan kembali jumlah tersebut melalui pembayaran balik pengguna dengan margin tertentu. Sementara itu, terdapat juga penyedia BNPL yang mengenakan caj kepada kedua-dua peniaga dan pengguna, pada kadar diskaun atau margin yang lebih rendah.

  • Platform Digital

    Kebanyakan skim BNPL beroperasi sepenuhnya dalam talian, menjadikannya mudah diakses dan diurus melalui aplikasi mudah alih atau laman web. Walau bagaimanapun, penting untuk diperhatikan bahawa terdapat skim BNPL berskala kecil yang menyasarkan industri khusus atau segmen pengguna tertentu yang turut menggunakan platform luar talian.BNPL beroperasi sepenuhnya dalam talian, menjadikannya mudah diakses dan diurus melalui aplikasi atau laman web.

  • Struktur Bayaran Balik

    Pengguna boleh membuat bayaran balik secara pembayaran tunggal selepas tempoh tertentu atau membahagikan pembayaran kepada beberapa ansuran. Ini ditawarkan sama ada tanpa sebarang caj atau dengan caj, yuran, atau faedah yang berkaitan.

  • Kelulusan Pembayaran
    Kelulusan lazimnya diberikan bagi setiap transaksi, serta‑merta semasa proses pembayaran, atau berdasarkan had kredit yang telah ditetapkan.

  • Penerimaan oleh Peniaga
    Walaupun skim BNPL pada mulanya ditawarkan terutamanya untuk pembelian dalam talian, ia kini semakin diterima di kedai runcit fizikal. BNPL sering digunakan untuk perbelanjaan harian, khususnya dalam makanan dan minuman, membeli-belah runcit, pengangkutan dan pelbagai pembelian berkaitan perkhidmatan.

bacaan 0 minit

KUALA LUMPUR, 9 Mac 2026 – Susulan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 pada 1 Mac 2026, Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan pertamanya, diketuai oleh Pengerusi Eksekutif, Encik Abu Hassan Alshari Yahaya, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah.

Pelantikan selama tiga tahun yang dibuat oleh Menteri Kewangan ini menandakan permulaan rasmi operasi SKP sebagai badan pengawal selia yang bertanggungjawab menyelia penyedia kredit pengguna di Malaysia, dengan matlamat memastikan amalan pemberian kredit dilaksanakan secara telus, adil dan bertanggungjawab, selaras dengan mandat di bawah Akta Kredit Pengguna 2025.

Encik Abu Hassan merupakan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah mengetuai Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna, ditubuhkan pada Julai 2021 bagi merangka Rang Undang-Undang Kredit Pengguna secara kolaboratif bersama kementerian dan agensi berkaitan. Sebelum ini, beliau pernah mengetuai beberapa fungsi utama di BNM, termasuk kewangan, pengurusan mata wang, komunikasi strategik dan Perkhidmatan Sokongan Berpusat. Beliau berpengalaman luas dalam bidang penyeliaan perbankan dan pernah bertugas sebagai setiausaha kepada Lembaga Pengarah semasa kerjaya beliau di BNM

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Monash University, Australia, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Seramai lapan lagi Ahli Lembaga Pengarah SKP, serta tiga ahli silih ganti, turut dilantik. Pelantikan ini merangkumi wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), BNM,

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), serta individu profesional berpengalaman daripada industri. Senarai pelantikan adalah seperti berikut:

No
Nama
Jawatan
1Puan Salmah Bee Mohd Mydin
Timbalan Pengerusi Eksekutif
2Puan Nahidah Usman
Ahli Bebas Bukan Eksekutif (Wakil MOF)
3Encik Mohamad Azizal Abd Aziz
Ahli Silih Ganti Bebas Bukan Eksekutif (Wakil MOF)
4Dr. Norhana Endut
Ahli Bebas Bukan Eksekutif (Wakil BNM)
5Encik Endran Fadzil
Ahli Silih Ganti Bebas Bukan Eksekutif (Wakil BNM)
6Puan Yew Yee Tee
Ahli Bebas Bukan Eksekutif (Wakil SC)
7Datin Azryta Abdul Aziz
Ahli Silih Ganti Bebas Bukan Eksekutif (Wakil SC)
8Dato’ Mohd Muazzam Mohamed
Ahli Bebas Bukan Eksekutif (Luar)
9Dato’ Mohamed Ridza Mohamed Abdulla
Ahli Bebas Bukan Eksekutif (Luar)
10Encik Leong Kah Chern
Ahli Bebas Bukan Eksekutif (Luar)
11Encik Murali Desan SP Krishnamurthy
Ahli Bebas Bukan Eksekutif (Luar)

Encik Abu Hassan berkata, “Penggubalan Akta Kredit Pengguna 2025 merupakan langkah penting dalam agenda reformasi Kerajaan untuk memperkukuh perlindungan pengguna dalam sektor kewangan. Bagi pertama kalinya, Malaysia memiliki undang-undang komprehensif yang memberi fokus khusus kepada pengawalseliaan kredit pengguna di luar sektor perbankan, sekali gus memperkukuh dan memperbaiki landskap industri kredit pengguna negara.”

“Dengan pelantikan barisan kepimpinan pertama ini, yang menggabungkan kepakaran, pengalaman, dan profesionalisme pelbagai pihak, SKP kini bersedia melaksanakan mandat di bawah Akta Kredit Pengguna 2025. Kepelbagaian ini mencipta sinergi yang membolehkan SKP bertindak secara bersepadu, memastikan amalan pemberian kredit dijalankan dengan telus, adil dan bertanggungjawab, seterusnya melindungi kepentingan rakyat. ”

Dengan kepimpinan yang dilantik ini, SKP komited untuk memainkan peranannya dalam memastikan ekosistem kredit pengguna negara berkembang secara lebih sihat, tersusun dan mampan, di samping memperkukuh keyakinan pengguna terhadap industri kredit di Malaysia.

Bacaan Lain

Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Syariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.

Ooops!
Generic Popup2