Pemajakan

Apakah itu pemajakan?

Pemajakan ialah kemudahan kewangan di mana pemajak (pengguna) atau perniagaan membayar sewa untuk menggunakan sesuatu aset bagi satu tempoh yang dipersetujui, di mana pada akhirnya mungkin ada pilihan untuk membeli aset itu ataupun tidak.

Contoh aset yang biasa dipajak ialah kenderaan, mesin, peralatan pejabat, peralatan elektronik dan peralatan berat. Hak milik aset kekal dengan pemberi pajak dan hanya akan berpindah milik jika pemajak memilih untuk menggunakan pilihan membeli yang ditawarkan.

Apa Anda Perlu Tahu

01

Guna aset tanpa bayar penuh

Pengguna boleh menggunakan aset dengan bayaran sewa bulanan, tanpa modal besar pada permulaan.

02

Perjanjian bertulis yang jelas

Kontrak akan nyatakan jenis aset, tempoh pajakan, jumlah dan jadual bayaran, serta terma lain.

03

Bayaran sewa berkala

Bayaran dibuat sepanjang tempoh pajakan. Caj atau yuran tambahan mungkin dikenakan, bergantung kepada terma kontrak.

04

Aset bukan milik penyewa

Aset bukan hak milik penyewa, kecuali jika terdapat pilihan untuk membeli pada akhir tempoh pajakan.

Kesimpulan Ringkas

Pemajakan membantu pengguna dan perniagaan menggunakan aset dengan lebih fleksibel, tanpa perlu memilikinya. Namun, fahami kontrak, periksa keadaan aset, simpan rekod dengan baik dan nilai kemampuan bayaran sebelum membuat keputusan.

Langkah ini membantu melindungi pengguna dan memastikan urusan pemajakan berjalan lancar.

Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Shariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.


Ooops!
Generic Popup2