Pemerolehan Pinjaman atau Pembiayaan Terjejas

Apakah itu pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas?

Pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas ialah suatu perniagaan yang membeli hutang atau pinjaman yang tidak lagi dibayar (pinjaman terjejas) daripada bank atau pemberi kredit bukan bank. Syarikat yang membeli pinjaman ini dikenali sebagai Pembeli Pinjaman Terjejas.

Setelah pembelian dibuat, Pembeli Pinjaman Terjejas mengambil alih peranan pemberi kredit asal untuk mengurus dan memungut baki hutang mengikut perjanjian kredit asal.

Apa Anda Perlu Tahu

01

Pengesahan pembelian pinjaman terjejas

Apabila hutang dijual kepada Pembeli Pinjaman Terjejas, syarikat itu menjadi pemiutang baharu yang sah. Penghutang berhak meminta surat rasmi pengesahan penjualan hutang daripada pemberi kredit asal,

02

Semak jumlah hutang

Penghutang berhak mengetahui jumlah pokok asal, faedah terkumpul serta sebarang kos guaman atau pentadbiran yang dikenakan secara sah. Penghutang boleh berunding dengan Pembeli Pinjaman Terjejas bagi mendapatkan pelan bayaran semula yang munasabah.

03

Risiko tindakan undang-undang

Pembeli Pinjaman Terjejas mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penghutang sekiranya berlaku kegagalan pembayaran, sama seperti pemberi kredit asal, tertakluk kepada undang undang yang berkuat kuasa

04

Simpan rekod bayaran dan komunikasi

Sangat Penting! Pastikan anda mendapat resit rasmi bagi setiap bayaran dan simpan rekod komunikasi yang dibuat kepada Pembeli Pinjaman Terjejas untuk mengelakkan pertikaian di masa hadapan.

05

Perlindungan daripada gangguan

Pembeli Pinjaman Terjejas tidak dibenarkan menggunakan kekerasan, ugutan, menyamar sebagai pihak berkuasa, atau melakukan gangguan yang melampau dalam proses pemungutan hutang.

Kesimpulan Ringkas

Apabila berurusan dengan syarikat Pembeli Pinjaman Terjejas, berundinglah dengan bijak dan kenal pasti baki hutang sebenar, faedah dan caj tambahan. Ikut jadual bayaran yang dipersetujui bagi mengelakkan bebanan kewangan atau disaman jika gagal membayar.

Ingat, Pembeli Pinjaman Terjejas hanya memungut hutang sedia ada dan tidak menawarkan pinjaman atau kredit baharu.

Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Shariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.


Ooops!
Generic Popup2