Pemungutan Hutang

Apakah itu pemungutan hutang?

Pemungutan hutang merujuk kepada perkhidmatan menghubungi penghutang bagi mendapatkan bayaran tertunggak setelah penghutang gagal membuat pembayaran mengikut jadual pembayaran yang telah dipersetujui.

Kebiasaannya, perkhidmatan ini dijalankan oleh Agensi Pemungut Hutang yang dilantik oleh pemberi kredit. Tujuannya ialah untuk mengingatkan penghutang tentang obligasi pembayaran bagi memulihkan hutang yang belum dibayar atau yang telah tertunggak.

Apa Anda Perlu Tahu

01

Sahkan identiti Agensi Pemungut Hutang

Minta nama agensi dan surat pengesahan daripada pemberi kredit.

02

Semak hutang terlebih dahulu

Jangan panik dan membuat bayaran secara tergesa-gesa. Semak tempoh pembayaran, baki hutang tertunggak dan status akaun dengan pemberi kredit asal.

03

Bayar melalui saluran rasmi

Jangan serahkan wang tunai kepada Agensi Pemungut Hutang. Bayar melalui pindahan bank atau saluran pembayaran rasmi terus ke akaun syarikat pemberi kredit.

04

Hak anda dilindungi

Agensi Pemungut Hutang tidak dibenarkan mengugut, memaksa, menyamar sebagai pihak berkuasa, menggunakan kekerasan atau melakukan gangguan melampau.

05

Simpan semua rekod

Simpan surat, resit dan rekod panggilan sebagai bukti jika berlaku gangguan.

Kesimpulan Ringkas

Agensi Pemungut Hutang perlu beretika dan profesional. Pihak agensi tidak dibenarkan menggunakan kekerasan fizikal, ugutan, bahasa kasar atau mengganggu ahli keluarga dan majikan penghutang. Maklumat peribadi penghutang mesti dirahsiakan dan agensi tidak boleh merampas atau menyita harta.

Jika wakil agensi bertindak keterlaluan, buat laporan kepada pihak berkuasa dan kemukakan aduan kepada unit aduan agensi berkenaan. Jangan serahkan wang tunai kepada Agensi Pemungut Hutang. Bayar terus kepada syarikat pemberi kredit dan simpan resit sebagai bukti pembayaran.

Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Shariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.


Ooops!
Generic Popup2