Kerjaya

Mengapa sertai kami?

Di SKP, kami bertekad untuk membina ekosistem kredit yang kukuh, adil dan inovatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia serta melindungi pengguna. Kami menetapkan piawaian yang jelas, menggalakkan amalan bertanggungjawab dan memacu inovasi kerana apabila industri kredit berkembang, pengguna menikmati perlindungan yang lebih baik dan layanan yang adil.

SKP bukan sekadar pengawal selia. Kami adalah pemangkin perubahan. Di sini, kerja anda akan memberi impak sebenar. Anda berpeluang untuk:
  • Memberikan nilai tambah melalui usaha memperkukuh tatakelakuan serta amalan kredit yang bertanggungjawab bagi menyokong industri kredit pengguna yang adil dan telus.
  • Membantu melindungi pengguna melalui pemerkukuhan tatakelakuan serta amalan kredit yang bertanggungjawab.
  • Bekerjasama dengan pelbagai sektor termasuk institusi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menangani isu kredit yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia.​
  • Bina kerjaya anda di tempat yang memberi ruang kepada idea anda dan sumbangan yang membawa manfaat kepada rakyat Malaysia.

Apa yang kami tawarkan

Platform untuk membina kemahiran anda dalam kawal selia, dasar, teknologi dan penglibatan industri

Peluang untuk memacu inisiatif yang mengubah landskap kredit Malaysia

Budaya kerja yang menggalakkan pembelajaran berterusan, kerjasama dan inovasi

Peranan anda dalam misi kami

Setiap peranan di SKP adalah penting. Sama ada anda merangka dasar, menganalisis trend industri atau memastikan pematuhan, kerja anda membantu mewujudkan industri kredit yang adil, telus dan mampan. Bersama-sama, kita memperkasa perniagaan untuk memberi pinjaman secara bertanggungjawab dan melindungi jutaan pengguna di seluruh Malaysia.

Sertai kami! Bersama-sama, kita lindung dan perkasa.
Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Shariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.


Ooops!
Generic Popup2