Apakah peranan SKP?
SKP ialah pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk mengawal selia perniagaan kredit konvensional atau Islam dan perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia. Fungsi SKP adalah:
- Menasihati Menteri Kewangan dalam semua perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna.
- Menasihati Kerajaan tentang dasar kebangsaan yang melibatkan kredit pengguna.
- Menggalakkan pelakuan yang sewajarnya dalam kalangan pemberi kredit dan pemberi perkhidmatan kredit.
- Menggalakkan perkembangan industri kredit pengguna.
- Melakukan apa-apa perkara lain yang timbul daripada, atau berbangkit dengan fungsi SKP di bawah Akta Kredit Pengguna 2025.
Kesimpulan ringkas
SKP berperanan sebagai pihak berkuasa pusat yang diberi mandat untuk mengawal selia perniagaan kredit konvensional atau Islam dan perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.
SKP menyelaraskan pengawasan pengawalseliaan dan memperkukuh rangka kerja perlindungan kredit pengguna.
Ketahui siapa di sebalik kepimpinan kami
Jawatankuasa Penasihat kami memainkan peranan penting dalam memastikan tadbir urus yang berkesan serta hala tuju strategik organisasi.




