Perjalanan SKP

Perjalanan SKP

Penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) adalah berteraskan keperluan untuk melindungi pengguna kredit di Malaysia melalui satu rangka kerja perundangan dan kawal selia yang kukuh, selaras dengan perkembangan landskap kredit pengguna yang semakin kompleks.

Usaha ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna kredit, malah memastikan amalan industri kredit dilaksanakan secara adil, bertanggungjawab dan profesional melalui sistem kawal selia yang bersepadu.

Langkah awal ke arah penubuhan SKP bermula pada Julai 2021 dengan pembentukan Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Consumer Credit Oversight Board Task Force, CCOB TF). Pasukan ini diterajui bersama oleh Kementerian Kewangan (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dengan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi lain iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pendekatan menyeluruh ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam merangka sistem perlindungan yang berteraskan kepentingan rakyat.

Hasil usaha tersebut dimuktamadkan melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna 2025, yang bertujuan menyatukan kawal selia industri kredit pengguna yang sebelum ini ditadbir oleh pelbagai undang-undang dengan tahap perlindungan yang tidak seragam. Akta ini menyediakan satu rangka kerja kawal selia yang lebih jelas, konsisten dan berkesan, sekali gus memperkukuh tadbir urus serta profesionalisme dalam industri.

Akta Kredit Pengguna 2025 telah diwartakan pada 31 Disember 2025 dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2026. Ianya menandakan penubuhan rasmi SKP sebagai sebuah badan berkanun dan pihak berkuasa berwibawa bagi mengawal selia industri kredit pengguna di Malaysia. Dengan mandat ini, SKP berperanan memperkukuh amalan kredit yang adil, bertanggungjawab dan profesional, di samping melindungi dan memperkasa pengguna.

Garis Masa SKP


Feb 2020

  • Kelulusan Kabinet mengenai keperluan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP)

Feb 2021


Februari 2021

  • Kelulusan Kabinet terhadap tiga fasa pelaksanaan RUUKP

Julai 2021
  • Penubuhan Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Consumer Credit Oversight Board Task Force, CCOB TF)

Ogos 2021
  • Mesyuarat pertama Penaja Utama untuk memberikan panduan mengenai hal-hal dasar yang berkaitan dengan RUUKP


Rangka Kerja Perlindungan Pengguna Ditetapkan

Januari 2022

  • Penubuhan Jawatankuasa Pemandudan Kumpulan Kerja Teknikal2

Ogos 2022

  • Sesi libat urus mengenai Kertas Perundingan 1 dan cadangan RUUKP

1 Dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF dengan penglibatan wakil peringkat tinggi daripada BNM, SC, CCOB TF, MOF, KPDN, KPKT dan KUSKOP

2 Dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian MOF dengan penglibatan wakil peringkat kerja daripada kementerian dan agensi yang berkaitan iaitu BNM, SC, SKM, KPDN, KPKT, KUSKOP serta Bahagian Undang-Undang MOF

Pengembangan Pengawasan


April 2023
  • Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Sementara, bagi memutuskan perkara-perkara pentadbiran yang khusus kepada operasi CCOB TF
  • Sesi libat urus mengenai Kertas Perundingan 2 dan cadangan RUUKP


Pengukuhan Pengawalseliaan

Februari 2024

  • Sesi libat urus industri mengenai Standard Pelakuan dan Standard Pelesenan dan Pendaftaran

Pengembangan Pengawasan


21 Julai 2025

  • RUUKP diluluskan oleh Dewan Rakyat

04 September 2025

  • RUUKP diluluskan oleh Dewan Negara

22 Disember 2025

  • Akta Kredit Pengguna 2025 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong

31 Disember 2025

  • Akta Kredit Pengguna 2025 diwartakan


Pengukuhan Pengawalseliaan

01 Mac 2026

  • Tarikh berkuatkuasa Akta Kredit Pengguna 2025 (kecuali Bahagian V) serta penubuhan SKP

01 Jun 2026

  • Tarikh berkuatkuasa permohonan pelesenan dan pendaftaran di bawah Akta Kredit Pengguna 2025


Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Shariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.


Ooops!
Generic Popup2