Ketahui Peraturan Yang Berkaitan Dengan Anda
Bahagian ini memberi gambaran keseluruhan berhubung keperluan pengawalseliaan bagi tujuan pelesenan, pendaftaran dan pengisytiharan, khususnya bagi pihak yang memerlukan panduan dalam menentukan proses yang bersesuaian.
Ketahui lebih lanjut:
Siapakah yang perlu dilesenkan atau didaftarkan?
Suatu entiti mestilah dilesenkan atau didaftarkan untuk menjalankan perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang melibatkan pengguna kredit. Rangka kerja pemberikuasaan merangkumi dua rejim: pelesenan bagi perniagaan kredit dan pendaftaran bagi perniagaan perkhidmatan kredit.
Pelesenan
Perniagaan kredit (konvensional atau Islam)
- Skim beli sekarang bayar kemudian
- Pemfaktoran
- Pemajakan
Pendaftaran
Perniagaan perkhidmatan kredit (Pendaftaran)
- Pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas
- Pemungutan hutang
- Kaunseling dan pengurusan hutang
Siapakah yang perlu membuat pengisytiharan?
Suatu entiti yang tidak melibatkan pengguna kredit dalam perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kreditnya hendaklah mengemukakan pengisytiharan tahunan kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) menurut seksyen 79 Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP). Pengisytiharan ini mesti merangkumi, antara lainnya—
- Pada masa pengisytiharan dibuat, entiti tersebut tidak memberi kredit kepada mana-mana pengguna kredit sebagaimana yang ditakrifkan dalam AKP;
- Entiti tersebut akan mengemukakan pengisytiharan setiap tahun; dan
- Entiti tersebut akan memohon pelesenan dan pendaftaran daripada SKP sekiranya ia berhasrat untuk melibatkan mana-mana pengguna kredit dalam perniagaannya kelak.
Siapakah Pengguna Kredit?
Seorang individu yang mendapat, telah mendapat, atau berhasrat untuk mendapatkan kredit bagi tujuan peribadi, domestik atau isi rumah.
Perusahaan mikro atau kecil* yang mendapat, telah mendapat, atau berhasrat untuk mendapatkan kredit tidak melebihi RM300,000.
Nota: Perusahaan mikro atau kecil tidak dianggap sebagai pengguna kredit sekiranya ia diberikan kemudahan kredit melebihi RM300,000.
*Merujuk kepada takrifan dalam Garis Panduan Bagi Definisi PKS terbitan SME Corporation Malaysia.
Panduan Permohonan
Sila buat pilihan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang panduan pelesenan atau pendaftaran, dan panduan pengisytiharan.
Pengisytiharan
Untuk pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang hanya berurusan dengan bukan pengguna kredit
Mulakan langkah permohonan anda di sini




