Senarai Borang

Koleksi Borang Contoh

Borang-borang daripada Sistem CORE (Consumer Credit Commission Online Regulatory System) yang disenaraikan di bawah adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Sila ambil maklum bahawa ini adalah versi contoh dan mungkin berbeza daripada borang sebenar dalam Sistem CORE, yang bersifat dinamik dan tertakluk pada perubahan. Semua penghantaran rasmi mesti dibuat dan dikemukakan menggunakan Sistem CORE.

Versi yang dijana oleh Sistem CORE akan sentiasa diguna pakai sekiranya berlaku sebarang percanggahan.

Kali pertama di sini? Sekiranya anda belum lazim dengan proses kami, sila semak panduan pelesenan dan pendaftaran, dan panduan pengisytiharan terlebih dahulu. Untuk menentukan proses yang perlu anda ikuti, sila baca ringkasan mengenai pelesenan, pendaftaran dan pengisytiharan.

  • Borang ini hendaklah digunakan bagi permohonan lesen untuk menjalankan operasi sebagai pemberi kredit.
    Use this form when you need to apply for a licence to operate as a credit provider.
    Borang ini hendaklah digunakan bagi permohonan lesen untuk menjalankan operasi sebagai pemberi kredit Islam sepenuhnya.
    Use this form when you need to apply for an Islamic licence to operate as a credit provider.
    Borang ini hendaklah digunakan bagi permohonan pendaftaran untuk menjalankan operasi sebagai penyedia perkhidmatan kredit.
    Use this form when you need to apply for a registration to operate as a credit service provider.
    Borang ini hendaklah digunakan bagi permohonan lesen pemberi kredit untuk menjalankan perniagaan kredit Islam di samping perniagaan konvensionalnya (“pemberi kredit konvensional yang menjalankan perniagaan kredit Islam”)
    Use this form when you need to apply for a licence to operate as a credit provider under a conventional model with an Islamic window.
  • Borang ini hendaklah digunakan untuk membuat perisytiharan pertama berhubung dengan jenis aktiviti terkawal yang dipilih di bawah seksyen 79 Akta Kredit Pengguna 2025.
    Use this form when you need to make the first declaration for the selected type of regulated activity under section 79 of the Consumer Credit Act 2025.
Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Shariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.


Ooops!
Generic Popup2