Ringkasan
Standard Pelesenan dan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) ialah buku peraturan bagi mengawal selia industri kredit pengguna di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP). Matlamat utama adalah untuk memastikan sebuah industri yang dikawal selia dengan baik yang melindungi kepentingan pengguna kredit dan memupuk kepercayaan orang ramai.
Gambaran keseluruhan kandungan
Standard Pelesenan dan Pendaftaran ini menggariskan keperluan kawal selia utama dan panduan untuk semua penggiat industri, termasuk:
Semua prosedur dan keperluan penyerahan dipermudahkan melalui Consumer Credit Commission Online Regulatory (CORE) System, iaitu platform digital berpusat SKP.
Sorotan utama
01
Rangka kerja pelesenan dan pendaftaran
Rangka kerja pemberikuasaan ini terdiri daripada dua rejim. Pelesenan diperlukan untuk perniagaan kredit (skim beli sekarang bayar kemudian, pemfaktoran, dan pemajakan), manakala pendaftaran diperlukan untuk perniagaan perkhidmatan kredit (pemungutan hutang, pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas, dan kaunseling dan pengurusan hutang).
02
Kriteria utama pelesenan dan pendaftaran
03
Keperluan khusus untuk perniagaan kredit Islam
Semua perniagaan kredit Islam hendaklah mengekalkan pematuhan Shariah yang menyeluruh, yang antara lain memerlukan penubuhan sebuah jawatankuasa Shariah yang khusus atau melantik penasihat Shariah yang mempunyai kelayakan dalam bidang Shariah, dan memastikan pengasingan dana sepenuhnya bagi sebarang operasi patuh Shariah di peringkat entiti.
04
Kewajipan berterusan
Setelah mendapat lesen atau pendaftaran, entiti mempunyai kewajipan yang berterusan, termasuk penyerahan data secara berkala, memaklumkan SKP mengenai perubahan material, dan pematuhan berterusan terhadap semua standard yang terpakai.
05
Ketidakpemakaian keperluan pelesenan dan pendaftaran
Entiti yang tidak melibatkan pengguna kredit dalam perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit mereka hendaklah mengemukakan pengisytiharan tahunan kepada SKP menurut seksyen 79(2) AKP.
Pendekatan Berfasa
Transformasi landskap kawal selia kredit pengguna akan dilaksanakan secara berperingkat. Pendekatan ini diambil untuk memudahkan peralihan yang lancar dan meminimumkan sebarang gangguan yang tidak diingini dalam industri kredit pengguna sambil membolehkan SKP meningkatkan keupayaan dan kapasitinya untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dari semasa ke semasa. Pendekatan berperingkat diterangkan di bawah:
01
Fasa I (2026-2027)
- Kementerian dan agensi yang sedia ada iaitu BNM, SC, SKM, KPDN dan KPKT akan terus berkhidmat sebagai Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan (RSA) bagi sektor masing-masing di bawah Fasa I.
- SKP akan menjadi pihak berkuasa berwibawa yang memantau pemberi kredit dan pemberi perkhidmatan kredit yang tidak dikawal selia pada masa ini oleh mana-mana pihak berkuasa.
- AKP akan mempunyai peruntukan yang membolehkan SKP mengeluarkan standard atau garis panduan yang boleh diterima pakai dan dikuatkuasakan oleh RSA yang berkenaan ke atas entiti yang dikawal selianya.
- AKP akan memperkukuh dan memudahkan pelaksanaan perniagaan kredit Islam oleh pemberi kredit bukan bank melalui peruntukan khusus bagi memastikan pemberi kredit tersebut serta produk yang ditawarkan mematuhi prinsip Shariah. Sehubungan itu, bidang kuasa kawal selia KPKT akan diperluaskan untuk merangkumi aktiviti pembiayaan Islam dan aktiviti pajak gadai Islam yang tidak dikawal selia di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81].Dalam masa yang sama, KPDN akan dipertanggungjawabkan untuk mengawasi dan mengawal selia perniagaan sewa beli Islam yang dijalankan oleh entiti bukan bank.
- Lesen pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai sedia ada, yang masing-masing diperoleh di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81], serta permit yang dikeluarkan kepada individu untuk pengambilan balik barangan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212], akan kekal sah dengan penggubalan AKP dalam Fasa I.
- Aktiviti kredit pengguna oleh bank-bank akan kekal di bawah pengawasan BNM.
02
Fasa II (2028-2030)
03
Fasa III (selepas tahun 2031)
Dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang, penambahbaikan kepada struktur sedia ada untuk peraturan pelakuan semua institusi kewangan di Malaysia akan dipertimbangkan. Ini mungkin termasuk cadangan yang diambil daripada pengalaman pendekatan 'puncak berkembar' terhadap peraturan kewangan.





