Dasar ini menerangkan amalan SKP berhubung dengan pengumpulan, akses, pemprosesan dan pendedahan data peribadi anda. Dasar ini terpakai kepada data peribadi yang dikumpulkan oleh SKP melalui saluran rasmi dan tidak terpakai kepada mana-mana entiti, individu yang bukan pegawai atau pihak yang dilantik, ditetapkan atau terlibat oleh SKP, atau mana-mana platform yang berada di luar kawalan SKP.
SKP boleh memproses data peribadi yang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut:
- Data Identiti: nama, gelaran, tarikh lahir, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, bangsa;
- Data Perhubungan: alamat kediaman, alamat surat-menyurat, alamat emel dan nombor telefon;
- Data Kewangan: maklumat akaun, pegangan saham, kepentingan perniagaan dan jawatan;
- Data Profil: nama pengguna, kata laluan, maklum balas dan respons tinjauan;
- Data Teknikal: alamat protokol internet (IP), data log masuk, jenis pelayar, tetapan zon masa dan lokasi, jenis dan versi pemalam pelayar, sistem operasi dan platform, serta teknologi lain pada peranti yang digunakan untuk berinteraksi dengan SKP; dan
- Data Penggunaan: maklumat mengenai cara anda menggunakan laman sesawang dan sistem SKP.
SKP mengamalkan tadbir urus data yang komprehensif dan hanya akan mengumpul serta memproses data peribadi setakat yang perlu untuk melaksanakan fungsi dan kuasa kawal selia selaras dengan Akta Suruhanjaya Kredit Pengguna 2025 [Akta 873] serta undang-undang lain yang berkaitan.
SKP boleh mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda apabila perlu, munasabah atau praktikal. Dalam keadaan tertentu, SKP juga boleh memperoleh data peribadi anda daripada pihak lain, dengan atau tanpa pengetahuan anda.
- apabila anda menggunakan platform SKP, termasuk laman sesawang, aplikasi atau akaun dalam talian yang disediakan oleh SKP;
- apabila anda mendaftar untuk acara seperti sesi libat urus, seminar atau bengkel;
- apabila anda menghubungi SKP melalui borang dalam talian, emel, surat atau panggilan telefon;
- apabila anda menyertai tinjauan atau pertandingan;
- apabila anda memohon pekerjaan di SKP;
- apabila anda mengambil bahagian dalam proses perolehan; dan
- apabila anda mengunjungi pejabat SKP.
Sekiranya berkenaan, pihak-pihak berkaitan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- penyedia kredit atau penyedia perkhidmatan kredit, institusi kewangan, atau pihak berkepentingan industri yang berkaitan;
- Pihak Berkuasa Kawal Selia dan Penyeliaan;
- Kerajaan dan agensi-agensinya, serta badan kawal selia — setakat yang dibenarkan oleh undang‑undang, perintah mahkamah, atau bagi memenuhi kewajipan kawal selia;
- mana-mana pihak luar yang dilantik oleh SKP bagi melaksanakan fungsi-fungsinya; dan
- majikan semasa, terdahulu atau bakal majikan kepada kakitangan SKP.
1Section 34(1) of the Act states that “Regulatory and Supervisory Authority” shall consist of any of the following body:
- the Commission;
- the Central Bank of Malaysia;
- the Securities Commission Malaysia;
- the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living;
- the Ministry of Housing and Local Government; and
- the Malaysia Co-operative Societies Commission.
SKP melaksanakan langkah keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi. Data akan disimpan hanya selama yang perlu dan dilupuskan secara selamat apabila tidak lagi diperlukan.
Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, menarik balik kebenaran, dan membuat aduan berkaitan data peribadi anda, tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.
SKP berhak untuk mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa selepas diterbitkan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai mana-mana aspek Dasar Privasi ini, atau sekiranya anda ingin melaksanakan hak anda berhubung dengan data peribadi anda, anda boleh mengemukakan perkara tersebut kepada pentadbir laman sesawang melalui pautan berikut.
