Apakah itu BNPL?
Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL) membolehkan pengguna kredit membeli barangan atau perkhidmatan sekarang dan membayar kemudian, sama ada sekali gus atau secara ansuran.
Sesetengah skim mengenakan caj atau faedah. BNPL popular kerana mudah dan fleksibel, namun pengguna kredit perlu merancang kewangan dan memahami terma bayaran sebelum menggunakannya.
Apa Anda Perlu Tahu
01
BNPL ialah komitmen kewangan
Walaupun BNPL sering diiklankan sebagai 0% faedah, anda masih perlu membayar jumlah ansuran mengikut jadual dan akan dikenakan denda lewat bayar jika gagal. Sekiranya kewangan tidak mengizinkan, tangguhkan dulu pembelian.
02
Kesan kepada rekod kewangan
03
Fahami terma sebelum tekan “Setuju”
Ramai orang terlepas pandang perkara penting seperti jumlah ansuran, tarikh bayar, denda lewat bayar, dan apa akan jadi jika gagal membayar balik. Semak dan baca bahagian caj dan denda kerana inilah yang paling memberi kesan kepada poket anda.
04
Risiko terlebih berbelanja
BNPL boleh mengaburkan gambaran sebenar kewangan anda. Bayaran nampak kecil, tetapi banyak komitmen kecil jika dibuat serentak dengan penyedia BNPL yang berlainan boleh jadi besar dan membebankan. Ini boleh menyebabkan pendapatan tidak cukup untuk bayar semua ansuran. Tanya diri sendiri: “Jika semua bayaran BNPL jatuh pada bulan yang sama, adakah saya mampu bayar?”
05
Guna BNPL sesuai dengan keperluan
Gunakan BNPL secara bijak dan berdisiplin mengikut keperluan masing-masing. Elakkan guna BNPL untuk beli ikut kehendak gaya hidup melebihi kemampuan, atau didorong sikap “biar papa asal bergaya”.
Kesimpulan Ringkas
BNPL boleh membantu jika digunakan dengan bijak. Namun, ia tetap satu komitmen kewangan yang perlu dirancang dan dikawal.
Fahami terma, bayar tepat pada masanya, dan elakkan berbelanja melebihi kemampuan. Gunakan BNPL untuk keperluan yang benar‑benar perlu supaya kewangan anda kekal teratur, dan tidak terbeban di kemudian hari.
